Wednesday, November 11, 2009

eksklusif biodata mengenai diri aku

kenapa aku cakap eksklusif????pasal biodata aku ni takde kat tempat lain .cubalah cari kat muzium ke kat buku sejarah kat mana mana ajelah memang takde.cuma ada kat blog aku
ni aje.
oklah tak payah cerita panjang .......aku dilahirkan di bandar batu pahat..bandar yang penuh dengan sejarah dan budaya yang tersendiri.24/10/1975 lahirnya putera sulong kepada ahmad bin musa dan jintan bt mohd yusof(ayahnda dan bonda aku).
aku lahir kat hospital aje .terima kasih kepada doktor dan jururawat yang menyambut kelahiran aku...you have done a good job.
kenapa aku dinamakam muhamad rafee ..jeng jeng jeng.oklah kalau ikut sejarah keluarga aku atok aku ni asalnya dari india datang malaysia jual kain ..entah macam mana boleh terpikat ngan nenek aku keturunan banjar ..mungkin dulu nenek aku selalu beli kain ngan atuk aku agaknya..jadi keluaraga aku ni banyak yang hidung mancung macam hindustan..cuma aku aje terlebih goreng dan hidung tak mancung tapi kira hansem jugaklah ikut mak keturunan jawa senggarang.
jadi dulukan ada penyanyi hindustan nama mohd rafi,bapak aku pulak minat gila ngan dia tu yang dia namakan aku sempena ngan nama penyanyi ni..nasib baik dia tak minat ngan herman tino ke elvis presley kalu tak masak aku.............

No comments:

Post a Comment